TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN
- Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.
- Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih.
- Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat.
- Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil, Sejahtera.
PILIHAN RAYA
- Pengumuman tarikh pilihan raya.
- Proses penamaan calon.
- Kempen pilihan raya.
- Hari mengundi.
- Proses pengiraan undi.
- Pengumuman keputusan pilihan raya.
- Ucapan calon yang menang.
PARLIMEN
KOMPONEN PARLIMEN
FUNGSI DAN PERANAN PARLIMEN
- Memeriksa dasar-dasar kerajaan.
- Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
- Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.
- Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.
- Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
FUNGSI DAN PERANAN YANG di PERTUAN AGONG
- Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan .
- Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di negeri baginda.
- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
- Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta membubarkan Parlimen.
- Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Negeri.
- Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.
PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT
DEWAN NEGARA
- Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
- Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.
- Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)
- Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-masing.
DEWAN RAKYAT
- Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.
- Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
- Jawatan dipegang selama lima tahun.
- Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
- Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ADUN
- Waras akal fikiran.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak diistiharkan muflis.
- Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.
- Tidak memegang jawatan berpendapatan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN
- Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
- Raja tidak berkuasa secara langsung.
- Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.
- Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.
MAJLIS RAJA
BIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA
- Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong.
- Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan.
- Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.
- Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.
- Membincangkan perkara-perkara diraja.
- Membincangkan dasar-dasar negara.
TUGAS TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI
- Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap negara.
- Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
- Menjaga keamanan.
- Menyokong rancangan kerajaan.
- Taat setia kepada raja dan pemimpin.
- Menjaga imej dan nama baik negara.
- Mengundi.
AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA
- Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.
- Menghargai kemudahan yang disediakan.
- Mengharumkan nama negara.
- Menjaga kelestarian alam sekitar.
- Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
- Mengekalkan perpaduan.
No comments:
Post a Comment