- GEOGRAFI TINGKATAN 2: SKALA DAN JARAK
SKALA DAN JARAK
1. Umum
1.1 Skala.
1.1 Skala.
- Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
- Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalambeberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
1.2 Jarak.
- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
• Jarak Mutlak.
• Jarak Relatif.
- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unitukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.
2. Jenis-jenis skala lurus.
2.1 Skala lurus mudah.
- Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis.
Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur
dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak sebenar di atas
permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.
2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
- Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada
asas menukar skala lurus mudah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.2.
Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan
ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1Sm mewakili 1Km.
2.2 Skala lurus penuh.
- Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengannombor 1
diikuti dengan nombor 0 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.
diikuti dengan nombor 0 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.
- Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam
beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.
beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.
Rajah 3.3: Skala lurus penuh.
Penerangan:
• a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
• b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang
biasanya diberi jarak 1sm.
• c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan
bumi.
• d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta.
POSTED BY:
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR....
No comments:
Post a Comment