Sunday, 22 June 2014

                                  CARA MENJAWAB SOALAN MATEMATIKads 
 CONTOH SOALAN:

1. 5h - 9p + 10h + 3p
2. 6p + 3q - 1p - 2q
3. 3(3a + 4) - 5(5a - 7)
4. 5g + 3s + 9g - 7s
5. 31f - 12n - 21f + 6n

                                                                CARA PENYELESAIAN:
  
1. 5h + 10h - 9p + 3p
    15h - 6p

2. 6p - 1p + 3q - 2q
    5p + 1q

3. 9a + 12 -25a + 35
    9a - 25a + 12 + 35
    -16a + 47

4. 5g + 9g + 3s - 7s
    14g - 4s

5. 31f - 21f -12n + 6n
    10f - 6n 
                                                     DISEDIAKAN OLEH:
                                        MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR.





Saturday, 21 June 2014

                                                    CONTOH SOALAN SAINS



Bab 5 - Air dan Larutan (Water and Solution)

Ciri-ciri Fizikal Air & Teori Kinetik



Takat beku air
Takat beku air (freezing point of water) adalah suhu di mana air bertukar menjadi ais (bentuk pepejal).
Takat beku air tulen (pure water) pada tekanan atmosfera (piawai) ialah 0°C. Ini bermakna bahawa air tulen akan membeku menjadi ais (ice) pada 0°C.
Takat didih air
Takat didih air (boiling point of water) ialah suhu di mana air bertukar menjadi stim (wap air).
Takat didih air pada suhu bilik dan tekanan atmosfera (piawai) adalah 100°C. Oleh itu, air akan mendidih dan bertukar menjadi stim (steam) pada suhu 100°C.
Teori Kinetik
Teori Kinetik adalah penjelasan tentang keadaan zarah-zarah (particles) dalam jirim.
Terdapat tiga andaian yang dibuat dalam teori kinetik:
  1. Semua jirim (matter) terdiri terdiri daripada zarah-zarah kecil / seni (seperti atom dan molekul).
  2. Zarah-zarah ini adalah sentiasa bergerak / bergetar, secara rawak.
  3. Zarah-zarah ini juga berlanggar (colliding) antara satu sama lain.
Molekul mempunyai pergerakan dan tenaga kinetik pada semua suhu. Molekul air beku (ice) pada 0°C bergerak lebih perlahan daripada molekul air pada 10°C.
Perubahan keadaan jirim boleh ditafsirkan melalui teori kinetik jirim (kinetic theory of matter).
Pembekuan
Apabila cecair disejukkan, pergerakan zarah akan menjadi perlahan. Oleh itu, tenaga kinetik zarah berkurang.
Daya tarikan antara zarah menjadi lebih kuat dan kukuh.
Apabila daya tarikan (daya yang menarik) menjadi begitu kuat, ianya menarik zarah kembali ke kedudukan tetap mereka, cecair menjadi pepejal.
Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pembekuan (freezing).
Suhu dimana cecair (liquid) berubah menjadi pepejal dipanggil takat beku (0°C).

Pendidihan
Apabila cecair dipanaskan, zarah akan bergetar dengan lebih pantas. Oleh itu, tenaga kinetik zarah meningkat.
Zarah akan bergerak menjauhi satu sama lain dan daya tarikan antara mereka menjadi lemah (weaken).
Apabila kumpulan kecil zarah-zarah dipecahkan kepada zarah tunggal dan daya tarikan antara zarah boleh diabaikan (negligible), cecair bertukar menjadi gas.
Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pendidihan (boiling).
Suhu dimana cecair bertukar menjadi gas (atau dalam bentuk buih pada seluruh cecair), dipanggil takat didih (100°C).

Saturday, 14 June 2014

                                         BiOdAtA



NAMA: Muhammad Amirul Haziq Bin Anuar
UMUR: 14 Tahun
TARIKH LAHIR: 06 Julai 2000
TEMPAT LAHIR: Hospital Muar
TEMPAT TINGGAL: Taman Idustri Sri Sulong
LAMAT RUMAH: no.30 jalan 28 taman industri sri sulong,
                              83500 parit sulong, batu pahat ,johor.
BELAJAR DI: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman
HOBI: melayari internet,bermain bola sepak
CITA-CITA: jurutera
MAKANAN KEGEMARAN: nasi goreng ayam
WARNA KEGEMARAN: biru, merah,kuning